Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iPhone menyebabkan kamera/DSLR bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.
Salah satu sebab mengapa telefon pintar
menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan
rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter,
Instagram dan sebagainya.
Kualiti
image yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat
menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low
light”.
But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.
1. Bersihkan Lens
Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.
2. Jangan Zoom
Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor
gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical
zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan
optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop
menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.
+ tak perlu komputer untuk buat editing
3. No Flash
Jangan seronok beronok-ronok
sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone
sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan
(red eye & muka nampak berminyak).
Melainkan korang tau macam mana nak
“diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi
kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter
speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.
4. Gegaran
Tidak seperti kamera/DSLR, telefon
pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali yang high end model.
Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil
pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan
dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak
underexpose.
5. Setting
Mahirkan dengan setting kamera pada
smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi
tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.
+ ada banyak jenis aksesori fotografi untuk telefon pintar
6. Apps
Ada banyak apps yang boleh digunakan
untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu install
semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.
Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.
7. Aksesori
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk
mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh
beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.
8. Segalanya Komposisi
Komposisi masih
lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba
tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang
diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan
meniru.
9. Editing, Jangan Over!
Sangat mudah nak edit gambar dengan
smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam
komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter
yang ada.
Kebanyakkan apps seperti Instagram
membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu
langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch
menjadi pilihan.
Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?
+ antara apps fotografi dan editing yang saya gunakan
10. Kongsi & Kritik
Kalau korang serius dalam fotografi,
kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam
fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak
menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk
yang terbaik sahaja.
Nak share kat mana? Cari platform yang
popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang
rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ
boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.
*****
Sejak jual DSLR tahun lepas, saya banyak
ambik gambar guna iphone. Memang banyak limitasi berbanding DSLR. Tapi
tak mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil
dengan DSLR jika betul caranya.
p/s – kalau nak tengok gambar terkini, boleh follow saya di
Instagram. Jangan lupa follow
Twitter sekali